Jauharah

 

 فقدرة بممكن تعلقت....بلا تناهي ما به تعلقت

Fa Qudratun bi Mumkinin ta'allaqat....bila tanahi ma bihi ta'allaqat

Syarah: Sifat Qudrat itu berta'alluq kepada segala mumkin, bertugas dengan segala mumkin. 

Dan perkara mumkin itu tidak terhingga tanpa habis.

Syarah Detail: 

Apa maksud mumkin ni?

= Mumkin ialah istilah di dalam ilmu tauhid. Makna ia ialah sesuatu yang masih setara imbangan 'ada' atau 'tiada'. Jika Allah hendak mengadakan sesuatu, Allah memberatkan belah 'ada'. 

Atau dengan kata mudah, boleh jadi ada dan boleh jadi tiada; segala makhluk.

Ta'aluq Qudrat pula ialah ta'alluq Suluhi Qadim dan Tanjizi Haadith.

Iaitu sejak sediakala mampu memberi kesan, walaupun belum ada makhluk lagi. Secara potensi.

Dan Tanjizi Haadith ialah operasi pada Haadith.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Nahu

Falsafah (1)